Mengenai Digital Penang
Membangunkan ekosistem syarikat pemula yang mampan dalam bidang teknologi mendalam (deeptech), teknologi perkakasan (hardtech) dan teknologi kreatif (creative tech), disokong oleh infrastruktur digital yang kukuh serta budaya inovasi yang progresif.
Memastikan akses yang saksama kepada teknologi dan sumber digital bagi membentuk masyarakat digital yang inklusif, agar setiap rakyat berpeluang untuk berkembang dan mencapai potensi sepenuhnya.
Mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi membolehkan perniagaan terus berdaya saing dalam ekonomi digital serta mencapai pertumbuhan yang mampan di pasaran global.
Kami Memacu Digitalisasi Pulau Pinang
Selaras dengan visi Penang2030, Digital Penang mengambil/merebut peluang dalam ekonomi digital dan mempromosikan masyarakat digital. Perjalanan transformasi digital kami berlandaskan empat (4) teras utama iaitu: Masyarakat, Ekonomi, Kerajaan dan Asas Digital.
Kami aktif membangunkan ekosistem syarikat teknologi pemula yang berkembang maju, memacu penerapan digital dalam perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta pusat perkhidmatan, mempromosikan literasi digital dalam kalangan komuniti di Pulau Pinang, dan memainkan peranan penting dalam membangunkan infrastruktur digital yang kukuh untuk membentuk Pulau Pinang yang berdaya digital.
Prakata
Lembaga Pengarah
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang
ADUN Bukit Tengah
Pengurus Besar Chief Minister Incorporated (CMI)
Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang
Pengarah PDC Telecommunications Service Sdn Bhd dan Bekas Naib Presiden/Pengarah Urusan
Pengarah Bebas Syarikat Awam
Ketua Pegawai Teknologi, Brickfields Education Group
Pengarah Bebas Syarikat Awam