Digital Economy
Master Plan (DEMP)

2025 - 2030

Menerajui Pulau Pinang ke arah hab ekonomi digital terkemuka yang inklusif, inovatif dan bersedia untuk masa hadapan.

Visi

Memperkasa Ekonomi Digital Pulau Pinang untuk semua sebagai hab digital bertaraf tinggi di Asia Tenggara yang memacu perusahaan berteraskan inovasi, masyarakat yang saling terhubung serta kerajaan digital.

Misi

Memacu Inovasi & Pertumbuhan Startup

Memperkasa Pulau Pinang sebagai hab inovasi digital terkemuka melalui pembangunan ekosistem startup yang berdaya saing dalam bidang hardtech, deeptech dan teknologi kreatif, disokong oleh infrastruktur digital yang kukuh serta budaya inovasi yang mampan.

Memupuk Keterangkuman Digital untuk Semua

Memastikan seluruh komuniti di Pulau Pinang mendapat akses yang saksama kepada teknologi dan sumber digital, ke arah membentuk masyarakat digital yang inklusif agar setiap rakyat dapat berkembang dan menikmati manfaat ekonomi digital.

Memacu Transformasi Perniagaan & Daya Saing Global

Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan perniagaan di Pulau Pinang untuk berinovasi dan berkembang, memperkukuh keupayaan mereka untuk berjaya dalam ekonomi digital serta kekal berdaya saing di peringkat global.

Teras Strategik Kami

4 Teras Strategik

Empat teras yang saling melengkapi dalam memacu transformasi digital Pulau Pinang serta menyokong visi ke arah masa depan yang berdaya tahan, inklusif dan inovatif.

Kerajaan Digital

Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, telus dan berorientasikan rakyat.

Ekonomi Digital

Memacu pertumbuhan ekonomi melalui pemerkasaan inovasi dan peluasan peluang perniagaan digital.

Masyarakat Digital

Menggalakkan keterangkuman serta memastikan akses yang saksama kepada peluang digital untuk seluruh rakyat.

Asasi Digital

Berperanan sebagai tunjang utama dalam menyokong serta memastikan pertumbuhan dan inovasi digital yang mampan untuk jangka masa panjang.

Dapatkan Booklet DEMP Sekarang

Pelan Induk Ekonomi Digital berteraskan empat tonggak strategik yang secara kolektif bertujuan untuk mempercepat transformasi ekonomi digital Pulau Pinang. Setiap tonggak merangkumi dimensi penting dalam perjalanan digital negeri.​